AKTIVITI MAJLIS GURU KAUNSELING DAERAH GOMBAK 2010

 SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010



Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR merupakan salah satu program tahunan yang dilaksanakan oleh Majlis Guru Kaunseling (SR) Daerah Gombak. Program ini dilihat berjaya memberikan impak yang positif kepada murid sekolah di daerah Gombak. Pihak Jawatankuasa Majils Guru Kaunseling (SR) Daerah Gombak mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua AJK dan guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010 yang diadakan di UIAM pada 29 Julai 2010. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak PPD Gombak di atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan seminar ini dapat dilaksanakan pada tahun ini seperti yang telah dirancangkan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para penceramah jemputan yang sudi melapangkan masa untuk hadir dan berkongsi ilmu bersama peserta program seminar yang rata-rata bercita-cita untuk memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR pada bulan September 2010 ini. Walaupun terdapat beberapa halangan dan kekangan yang dihadapi oleh pihak urusetia dalam menjayakan seminar ini, namun semua itu dapat di atasi


dengan penuh kesabaran dan hati yang terbuka bagi  memastikan seminar ini berjaya dilaksanakan khususnya demi untuk membantu murid mengecapi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2010. Di harapkan pada tahun 2011 program ini dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat lebih ramai lagi penyertaan dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil di daerah Gombak. Semoga kesemua peserta seminar yang hadir akan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperisaan UPSR pada tahun ini. Amin...





Kepada guru-guru kaunseling daerah Gombak teruskan memberikan sokongan anda dalam menjayakan setiap program anjuran Majlis Guru Kaunseling (SR) Daerah Gombak.





Sekian,








KURSUS GURU KAUNSELING